Jeneral (Amerika Syarikat)


Shoulder board JeneralDi dalam angkatan bersenjata Amerika Syarikat, seorang Jeneral ialah pegawai gred jeneral paling kanan; ia adalah pangkat (atau eselon) pegawai bertauliah tertinggi yang boleh dicapai dalam Angkatan Tentera Amerika Syarikat, melainkan Tentera Laut dan Pengawal Pantai, yang mempunyai pangkat setara iaitu laksamana. Insignia rasmi "jeneral" berbentuk empat bintang (biasanya berwarna perak dan disusun sebaris).Pangkat Jeneral berada di atas Leftenan Jeneral tiga bintang dan dibawah pangkat lima bintang khas masa perang iaitu Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara. Kor Marin dan Tentera Angkasa tidak mempunyai gred yang lebih tinggi dari general. Gred gaji jeneral ialah O-10. Ia setaraf dengan laksamana dalam perkhidmatan beruniform Amerika Syarikat lain yang menggunakan pangkat tentera laut. Perkataan Jeneral disingkatkan ke GEN dalam Tentera Darat dan Gen dalam Kor Marin, Tentera Udara, dan Tentera Angkasa.Memandangkan pangkat Jeneral Angkatan Darat dan Jeneral Angkatan Udara dikhaskan untuk kegunaan masa perang sahaja, pangkat Jeneral merupakan pegawai jeneral tertinggi pada masa aman.